Friday, December 6, 2013

Tak Perlu Ambil Periksa Semula

Kuala Lumpur - Lembaga Peperiksaan semalam mengumumkan calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2013 tidak perlu menduduki semula kertas soalan Matematik 2.

Keputusan itu dibuat berikutan siasatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang mendapati tiada kebocoran soalan berlaku bagi kertas berkenaan ketika peperiksaan berlangsung pada 18 November lalu, menurut kenyataan lembaga itu.

Semalam Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh, dalam sidang media mengumumkan hasil siasatan itu.

Panggil 56 saksi
Beliau berkata pihaknya telah menyiasat laporan yang dibuat oleh Persatuan pengguna Islam Malaysia pada 22 November lalu dan telah memanggil 56 saksi untuk memberi keterangan, termasuk pelajar yang didakwa soalan kertas itu dibocorkan.

Siasatan mendapati seminar itu yang dianjurkan pada 17 November lalu, iaitu beberapa hari sebelum peperiksaan bermula hanya membincangkan mengenai kertas soalan beberapa tahun lalu serta beberapa soalan ramalan, katanya. - BERNAMA



0 comments: